My Graduation Day - PhD.

Alhamdulillah.....
Selepas 3-4 tahun lamanya maka sampai la hari Majlis Graduasi untuk pembelajaran PhD aku ni. Majlis dilangsungkan di Dewan Universiti Malaya (UM) dan PhD diselaraskan oleh 'University Of Scandinavia', Denmark.


Dari JB aku sekeluarga ke KL, lepak 3 hari 2 malam, menunggu majlis graduasi, sesambil tu bawak family lepak dan jalan-jalan kat KL. Hati berdebar debar je kan...


Kalau nak ceita pengalaman aku semasa buat PhD. ni memang tak habis cerita 3 hari 3 malam tapi aku ringkaskan aje di sini buat tatapan semua.


Memang nak pecah kepala kalau diikutkan hati semasa proses nak siapkan assisgnment tu, apatah lagi kekangan masa dan jadual keje aku yang sangat padat sebab kena travel ke sana dan kemari, jadi sebelah malam aku 'paksa' diri untuk luangkan masa bagi menyiapkan beberapa assignment yang masih belum siap dan hantar.


Ada satu masa sampai mata aku pun naik kabur dan tak nampak apa lagi yang aku tulis kat laptop ni semasa nak siapkan assisgnment tu. Banyak dugaan…


Aku cuba buat habis baik, walaupun cabaran sangat lah banyaknya…….aku tak boleh mengalah, sebab ini adahalah target dan tujuan aku untuk belajar sampai ke peringkat PhD.


Alhamdulillah semua hasil usaha aku Berjaya....keputusan Universiti menerima aku untuk menamatkan pembelajaran seterusnya diterima bagi majlis Graduasi.


Tak sangka, memang tak sangka aku juga terpilih sebagai 'BEST STUDENT' semasa majlis Graduasi tersebut.
Alangkah gembiranya kalua kedua dua arwah ibu dan ayah aku ada semasa majlis ini.








Aku nak ucapkan juga terima kasih buat Isteri tercinta, anak-anak yg aku sayangi kerana memahami papa korang ni semasa study...walaupun kadang-kala ada juga bergaduh anak beranak...heheheheh…


Aku teruskan kerja yang semakin mencabar pada masa akan datang dan aku harap dapat korang doakan aku untuk aku meneruskan hidup dengan kerja dan tugas yang semakin mencabar.


Akhir kata aku...Cabar Diri Sendiri…..





Comments

Popular Posts