Penggembaraan ke Tanah Aina, Raub, Pahang
As salam,
Saja nak berkongsi pengalaman bercuti di Tanah Aina, Raub, Pahang. Dengan kesibukan kerja, aku kadang-kala terlupa hendak membawa keluarga keluar bercuti, sedia maklum aku ni kerja 'terbang sana sini', makan di Johor, buang air besar di Thailand...itulah sebaliknya dari satu tempat ke tempat yang lain. Kerja macam aku ni kena ada kesabaran (chewahhhh....)
Aku nak bawa keluarga bercuti, kononnya tempat yang menarik tapi buntu nak fikir kemana arah lokasi nak dituju.... Aku ajukan soalan begitu kepada isteri dan anak-anak aku (2 orang je anak...), sepantas kilat memancar mereka dah ready rupanya....dengan lokasi yang hendak dituju, iaitu ke TANAH AINA FARRAH SORAYA, RAUB, PAHANG.
Jadi, aku mula la explore tempat tersebut dari segi persediaan, kelengkapan, jarak dan yang paling penting PERBELANJAAN. Wow...harga yang ditawarkan memang berpatutan dengan apa yang disediakan, aku ada juga merujuk kepada beberapa orang kawan tapi hampeh, semua tak tahu lokasi tersebut. Mula mengira jarak perjalanan, tempat berhenti makan dan sebagainya. Almaklumla, aku ni ada la sket skill dari segi 'Planning'.
Bila explore webite TANAH AINA ni, memang nampak semua best, cantik dan menarik buatkan aku lagi bersemangat nak kesana, tapi dalam hati jangan la hampeh pulak. Merah telinga aku nanti kena perli dengan wife dan anak-anak.
Aku singkatkanlah sket citer aku ni.......siap semua booking dan payment ke TANAH AINA, aku siap sedia pulak dengan pemeriksaan kereta aku (maklumlah...tak nak ada masalah dengan kenderaan di tengah jalan...) Aku siapkan 'Bimbo' putih dengan semua persiapan dan kelengkapan (heheheh...cam nak gi perang la pulak....).
Perjalanan dari rumah aku di Seri Alam, Masai Johor ke Tanah Aina hanya mengambil masa 5 jam menerusi lebuhraya Utara-Selatan, last berhenti di McDonalds hentian lebuhraya Janda Baik untuk minum kopi dan sarapan, aku sampai waktu tu dah jam 7 pagi, kerana bertolak pada 2 pagi dari rumah (setelah 2-3 jam aku lelap dulu sebelum bertolak), penting supaya driver tak ngantuk.
Sampai di kawasan TANAH AINA, masuk jalan kampung sejauh lebih kurang 1km dan kena parking kereta kat kawasan yang disediakan, telinga dah mula dengar air sungai beb.....
Selepas aku hubungi PIC, sebuah pickup 4 x 4 datang untuk membawa kami ke resort tersebut. Untuk makluman korang, kereta biasa tak boleh melalui jalan menuju ke resort kerana jalan nya licin dan berbatu - MERBAHAYA. Jangan risau kenderaan disediakan termasuk pakej. Barang-barang semua pun jangan risau, semua pekerja diorang handle...korang naik je pickup tu. Kereta yang korang parking tu jangan risau, kawasan parking di jaga 24jam oleh seorang pembantu dan seekor anjing, grrrrrr....... (aku pada mulanya pun risau gak).
Sampai kami di Resort TANAH AINA, semua barang-barang kami (beg baju la....) di angkat oleh pekerja, turun kenderaan terus dihidangkan segelas teh misai kucing dan tuala sejuk untuk menyegarkan diri...wow...kelasss gitu....
Seterusnya kami dikehendaki mengisi borang pengakuan dan tanggungjawab. Beg aku tanpa sedar, diaorang dah hantar ke bilik. 'Jom bang, saya tunjuk bilik penginapan', kata penyelia yang memperkenalkan namanya sebagai PREM.....kami sekeluarga terus ikut Mr. Prem menuju ke bilik/rumah penginapan... WOW!!!!!! tak percaya pun ada, rasanya aku duk dalam hutan ni.....tapi bilik dah macam hotel 10 bintang.....
Teruja beb tengok bilik yang cantik, aku macam biasa la terus cari dulu mana terletaknya tandas (itu yang penting beb....) Untuk makluman semua, tandas tidak disediakan!...hehehe, tidak disediakan di dalam chalet, tapi di luar chalet, memang cukup untuk semua pengunjung. Tujuan mereka mengadakan tandas di luar supaya bilik tidur lebih kemas dan bersih. Satu lagi...semua bilik takde TV, nak tengok TV kena naik ke kawasan riadah dalam 1 minit dari chalet (takyah nengok TV la kat sini......)
Masuk bilik, kemas barang-barang dan terus cas handphone aku, maklumla tadi battery dah tinggal 1 bar. Dari luar hingga masuk ke reception banyak dah gambar ambil, try nak upload masuk FB...heheheh....satu lagi nak bagitau, LINE TELEFON semua jenis rangkaian tidak ada coverage kat sini, kalau setakat Whatsaap satu dua message tu masuklah, itupun kena ke kawasan reception mereka. Jadi aku simpan je la niat nak update FB. Tapi bilamasa handphone takde kat tangan, rasa hidup tenang jugak beb......anak-anak aku dah sawan nak mandi sungai. Sungai depan chalet beb, jarak 2-3 kaki jer, giler taknak mandi.
Wife aku dah sibuk ngemas baju dan beg supaya teratur dalam bilik, kalau tak habis dikerjakan degan 2 orang anak aku ni. Pekerja memanggil kami untuk makan tengahari...wow...memang layanan kelas PERTAMA beb, makanan semua sedap-sedap, wife dan anak-anak mula memuji aku yang pandai cari tempat (diaorang lupa yang diaorang juga bagitau aku tempat ni...kikiki...)
Tempat makan betul-betul tepi sungai...indahnya...
Selepas selesai makan, kami dipanggil untuk taklimat bagi sessi 'Jungle Trekking' (dah termasuk dalam package..), salin baju dan seluar kerana ada aktiviti yang melibatkan air (basah...) Satu lagi, aku dah survey dulu sebelum datang jadi aku dah beli siap-siap kasut getah dari JB, kalau takde korang boleh beli disini dengan harga RM6-9 sahaja. Kalau tidak berkasut, anda semua dilarang untuk mengikuti aktiviti kat sini.
Siap pakai itu ini, kami mulakan 'Jungle Trekking' heheheh...melalui tepi gaung, sungai dan meredah sungai....Jangan risau, korang akan diberikan life jacket dan akan di kawal selia perjalanan korang oleh beberapa pekerja yang terlatih...
Dalam jarak perjalanan 10-15 minit, kami sampai dikawasan Air terjun yang dinamakan "Leap of Faith' dan mempunyai menara lompatan setinggi 30kaki (gerun beb....), siapa nak terjun silakan, pengalaman yang tak akan dilupakan....life jacket ada, pelampung kat bawah ada...terjun la apalagi.
Korang nak jerit ker nak apa ker..lantaklah...janji dah terjun kan. Bukan senang nak datang lagi beb tempat ni...hehehhe tapi memang best, aku terjun 2 kali.....
Balik semula ke chalet, kami dibawa melalui 'River Trekking', melalui anak sungai yang dikenali 'The Class 1 River' - Sungai Kelas Pertama di Raub yang masih belum tercemar, sejuk dalam 17-20 Celcius, memang sejuk tapi best.
Semasa Jungle Trekking ni, tak payah la nak sibuk-sibuk bawa phone atau kamera....pekerja yang bertugas akan mengambil gambar korang, siap video sekali, dijual dengan RM15 sekeping DVD - Gambar + Video (berbaloi la.....), siap sampai ke lokasi...dengan basah-basah tu, korang semua terus di bawa menuju ke dewan makan untuk minum petang...wow...ubi kayu panas, teh misai kucing, kuih ketayap...banyak lagi la....dah la berendam, tentu dah lapar kan. Serbuuuuuuu......untuk pengetahuan korang, kat sini makanan tidak terhad, maksudnya korang makan la sampai pecah perut pun...semua dah masuk dalam package.
Siap makan, balik chalet. Siapa yang nak sambung mandi, depan rumah je sungai...silakan.
Aku ambil masa ni untuk berehat sekejap, lenguh jugak kaki tadi meredah sungai.
Tepat jam 0730malam, kami dipanggil untuk makan malam pulak. Tak rasa lapar dah makan lagi. Lauk sebelah malam pulak WOW...bombastik...macam macam ada (lupa nak ambik gambo....).
Pekerja menerangkan pada kami, jika nak naik bukit untuk 'Night Walk' kena bersedia jam 0915pm di sebelah dewan belakang, tapi KASUT adalah WAJIB kalau hendak mengikuti program yang mereka jalankan.
Kami tak lepaskan peluang......naik bukit dalam gelap (di awasi oleh pekerja...jangan risau). Sampai ke puncak dalam masa 5-8 minit.....rasa sendiri macam mana berada di puncak bukit di tengah-tengah hutan. Pada anak-anak yang tengah sawan nengok kunang-kunang, diaorang akan bertanya...lampu apakah itu?.....pada yang dewasa akan mendiamkan diri merasai keindahan malam yang salju (ewahhh....ber falsampah pulak.....)
Sebelah pagi, 'Morning walk', korang boleh nampak 'Raja Buah' sedang tunggu masa nak gugur...kalau kena masa gugurnya...korang boleh menikmatinya secara percuma!
Kami duk sini 4 hari 3 malam (pakej lain dari yang lain...) sebab kami nak lama sket berada di sini.
Apa yang aku boleh cakap...AKU NAK DATANG LAGI.......harga pakej korang boleh explore guna TANAH AINA FARRRAH SORAYA.....dan jangan silap, TANAH AINA banyak tempat diseluruh Malaysia...termasuk 'Glamour Camping' - Glamping......
Harap coretan aku ni, boleh la dijadikan persediaan untuk korang sebelum datang ke TANAH AINA.......Selamat Bercuti geng....
Sedikit info berguna:
- 5 Jam kalau dari Johor Bahru (Lebuhraya Utara Selatan > Karak > Raub)
- Sediakan tol yang mencukupi
- Pakaian basah untuk aktiviti sungai
- Flying fox disediakan dengan bayaran minimum
- Line phone total ZERO
- Sediakan kasut getah untuk aktiviti 'basah'
- Sediakan mosquito repellent (tapi masa aku duk sini, takde nyamuk)
- Bawa rokok secukupnya (pada yang merokok), kedai rokok sejauh 20km
- Isi minyak di Bandar Raub...tiada masalah dengan minyak (stesen dekat je...)
- Bawa tunai, semua bayaran di dalam kawasan TANAH AINA adalah TUNAI, credit card Bo Layan
- Pastikan bayaran tempahan dan penyelesaian telah dibuat, print confirmation
- Tanpa confirmation, anda dilarang MASUK - Tempat Private!
- Lain-lain korang explore di http://www.tanahaina.com/farrah-soraya/

Comments
Post a Comment