About Me
SHAMSUL RIZAL BIN SHAMSUDIN
Dilahirkan pada tahun 1976 di
Bandar Bukit Ibam, Pahang. mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Kuantan
dan Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran di
Universiti of Perth, Western Australia dan memperolehi Diploma dalam bidang
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bbeliau juga adalah seorang Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan
& Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Setelah mempunyai pengalaman bekerja
di dalam bidang tersebut selama lebih 15 tahun, beliau melanjutkan pelajaran di
dalam bidang Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran di Universiti Selangor
(UNISEL) dengan tajaan penuh pihak Syarikat di mana beliau bekerja. Beliau
tamat pengajian dan telah dianugerahkan Sarjana (Master) serta terpilih sebagai
pelajar terbaik keseluruhan pada tahun 2016.
Pada tahun 2009 sebelumnya, beliau
telah diberikan sijil ‘Orang Yg Berkompetensi’ oleh OPITO (Oil Petroleum
Intsitute Training Organization, Denmark) semasa berkhidmat di bawah syarikat
MSTS Asia, Johor. Ianya bagi melatih pekerja-pekerja minyak & gas persisir
pantai (offshore) di beberapa buah negera seperti di Brazil, Korea, Thailand,
Vietnam dan seluruh Malaysia. Di bawah seliaan beliau, beberapa institut di
luar negera telah mendapat pengiktirafan dari OPITO sebagai ‘Pusat Latihan
Bertauliah’. Pencapaian ini sangat membanggakan pihak syarikat MSTS Asia kerana
Pusat latihan diberikan Pentauliahan hasil dari seliaan dan pimpinan beliau di
mana ianya datang dari seorang Rakyat Malaysia. Sebelum ini, pusat-pusat
latihan tersebut telah beberapa kali gagal mendapat pentauliahan di bawah
seliaan rakyat negara lain.
Pada 2012, beliau bekerja di
Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd sebagai seorang Pengurus Keselamatan, Kesihatan
dan Persekitaran pada tahun 2012 dan telah dinaikkan pangkat pada tahun 2016 sebagai
Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Kerry Malaysia bagi mentadbir
4 buah cawangan/syarikat di dalam Malaysia. Dengan rekod kecermelangan beliau
seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran Asia Tenggara pada awal tahun 2017. Di bawah pentadbiran beliau,
Syarikat Kerry cawangan Tampoi telah memenangi Anugerah Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan peringkat Negara pada tahun 2014 dan seterusnya mengekalkan
anugerah tersebut bagi cawangan Shah Alam pada tahun 2015. Beliau juga telah
terpilih mewakili Negara Malaysia di Persidangan Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan Peringkat Negara-Negara Asean yang diadakan di Negara China pada Disember 2016. Pada tahun 2017, di bawah
pimpinan beliau, sekali lagi melonjakkan prestasi Syarikat dengan memenangi
Anugerah Perdana Menteri bagi Pencapaian Cemerlang dalam Persekitaran peringkat
Negara (Majlis akan berlangdung pada bulan March 2018 di Kuala Lumpur)
Beliau juga aktif di dalam Pertubuhan
Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran di seluruh Malaysia termasuk
penglibatan didalam penubuhan Persatuan Keselamatan & Kesihatan Zon Utara
(NRG), Zon Tengah (CRG), Zon Timur (ERG) & Zon Selatan (SRG). Beliau juga
telah dilantik sebagai Pengerusi bagi sub-Jawatankuasa Keselamatan &
Kesihatan bagi Persatuan Pekilang-Pekilang Negeri Johor (FMM) dari tahun 2015
sehingga sekarang, dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi JOSHE (Johor Occupational Safety, Health &
Environmental) dari tahun 2016 sehingga sekarang, dan Setiausaha bagi Persatuan
Muafakat & Kebajikan Warga Kerja Johor dari tahun 2016 sehingga sekarang.
Beliau juga kerap kali memberikan
ceramah dan motivasi Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran Pekerjaan di seminar
dan bengkel yang dianjurkan.
Aktif di dalam memberikan
sumbangan dan menyertai majlis kebajikan bagi membantu orang yang tidak
berkemampuan. Beliau telah menubuhkan (tidak rasmi) kumpulan ‘JB CSR Team 8’ di
mana kumpulan ini yang dipimpin oleh beliau telah melalukan kerja kerja kebajikan
seperti sumbangan keperluan barangan rumah kepada magsa banjir Negeri Pulau
Pinang, Mangsa banjir Negeri Pahang (Taman Tas, Kuantan – sumbangan keperluan),
bantuan asas kepada 2 warga emas di Negeri Johor, menyalurkan bantuan kewangan
bagi penambahbaikan rumah warga emas, sumbangan ke rumah anak Yatim Kota
Tinggi, Johor dan pelbagai kerja amal yang lain.
Beliau juta terlibat di dalam kerja-kerja yang melibatkan
Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran bagi membantu Pekerja di peringkat
Syarikat dan Negeri.
Buat masa terkini, beliau sedang menyambung pelajaran dalam PhD - Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran Pekerjaan di bawah seliaan University of Scandinavia, Denmark dengan tajaan penuh pihak Kerry Asia Pasifik.
Beliau akan terus membantu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Malaysia dari apa jua segi terutama di dalam Keselamatan Pekerjaan.
Comments
Post a Comment