Lawatan ke Taman Negara Johor

Lawatan hari Sabtu ke Taman Negara Johor


Nak kongsi tempat yang menarik yang sepatut nya korang pergi bersama keluarga, Taman Negara Johor. Terletak di Pulau Kukup, Pontian Kecil, 2 jam dari Bandaraya Johor Bahru.








Pada Mac 1997, Pulau Kukup telah di isthiharkan sebagai Taman Negara Kebangsaan (National Park)


Pada Januari 2013, Pulau Kukup telah di isthiharkan sebagai 'Wetland of International Importance' - oleh RAMSAR (oleh Geneva-based Ramsar Convention Bureau).


Kawasan yang mempunyai kehidupan liar semulajadi dan kawasan tanah lumpur bakau terbesar kedua di Dunia. Di sini korang akan jumpa satu pokok bakau yang terbesar di dunia (hibrid Bakau) dan pokok tersebut masih sehingga tidak mengeluarkan sebarang benih.....hibrid la kata kan....


Nak pergi ke Pulau Kukup ni kena naik bot, kena la daftar dulu kemasukan korang ke Pulau ni di Pejabat Taman Negara, Pegawai bertugas akan memberikan penerangan (video dan visual). naik bot dari jeti sekejap je, dalam 5-10 minit....sampailah korang ke jeti Pulau Kukup.


Jambatan titi kayu disediakan kepada pengunjung, sejauh lebih 10km. Dengan bantuan pegawai yang mengiringi korang, banyak informasi yang korang akan dapat.


Jangan lepaskan peluang untuk naik ke Menara Pemerhati setinggi 6 tingkat! apabila sampai kat atas tu, korang akan berada betul-betul di atas/hujung ketinggian pokok bakau...angin, jangan cakap la...memang kuat dan sejuk.




Kemudahan tandas disediakan, hati-hati mana lah tau nanti di intai monyet yang ada di dalam hutan bakau tu...hehe....


Aku berpeluang menanam sebatang pokok bakau sebagai salah satu komitmen aku untuk 'Hijaukan Bumi'...hehehe...kalau korang nak tanam, satu anak benih di jual dengan harga RM30-40 dan kawasan tanaman tersebut akan di tanda. Untuk maklumat korang, Allahyarham Tunku Abdul Jalil juga pernah tanam pokok bakau di sini.


Apa yang aku boleh cakap, korang kena datang kat sini...bawa keluarga dan anak-anak supaya generasi muda ini tahu kepentingan alam semulajadi terhadap ekosistem kita ini.




Nak tahu lanjut, korang boleh explore website ini:
http://www.johorparks.gov.my/ms/parks/pulau-kukup

Comments

Popular Posts