BMW F10 'Kluang Breakfast Drive 2020'




banner RASMI


08hb Feb. 2020 - Sabtu, Konvoi kereta BMW dari model F10 dengan progam yang dinamakan 'Kluang Breakfast Drive 2020'.


Konvoi hasil gabungan bersama 'Southern F10ners' & F10 Singapura. Sejumlah 37 buah kereta telah bersama dengan konvoi ini yang dimulai dari Tol Skudai, Johor.


Konvoi di ketuai oleh Mr. Sham, 'Sweeper oleh Mr. Salim dan Mr. Fitrie, 'Safety Car' oleh Mr. Joe dan 'Last Car' oleh Mr. Jeff.


Konvoi berjalan lancar sehingga 'meet point 2' iaitu di Petronas Tol Ayer Hitam. Crew berkumpul dan menerima taklimat kedua dari Mr. Prez Sham.


Sessi taklimat sambil poco-poco


Konvoi disambut oleh 'Johor Marshall' seramai 6 buah motorsikal berkuasa tinggi yang akan mengiring kumpulan konvoi ke destinasi yang dirancang.




Destinasi pertama iaitu melawat bilik Pameran Matrix Concepts di Taman Impian, Kluang.




Certificate of Appeciation to Matrix Concepts

Merah itu Ong.....


Matrix Concepts berbesar hati menaja 'Sarapan Pagi' kesemua crew termasuk ahli keluarga (terima kasih....perut dah lapar ni weiiii...)


Sibuk makan.......
 
 Selesai bersarapan, kami bergambar di 'Lake Garden' buatan manusia, Tasek ini adalah buatan manusia dan ianya pertama di bina oleh Matrix Concepts dengan tujuan riadah.


Kami meneruskan perjalanan konvoi melawat Kilang Kopi Kluang 'Cap Televisyen'. Crew berpeluang melihat sendiri bagaimana kopi-kopi di proses dan membelinya dengan harga diskaun. 'White Coffee 3 in 1' power beb.....beli 2 packs!

Kopi Cap Televisyen

Kami meneruskan perjalanan terakhir ke 'Kellypojawani Cafe', nama pun susah la aku nak sebut...asyik tersasul jek tau.... kami ke sana untuk majls makan tengahari, berehat, makan durian (wow...), solat dan acraa cabutan bertuah. Penaja utama dari NY Motorsports iaitu Dato' Yahya dan Datin Noor meluangkan masa bersama kami dalam majlis ini.


Bersama semua crew dan Penaja Utama



Sessi makan durian - sendawa dalam kereta la woiiii.....



Kami dari seleuruh keluarga F10 Johor/Singapura juga mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua penaja yg sudi menjaga kesemua hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih RM10 ribu !!!!! Terima Kasih...











 Senarai penaja:


1. NY Motorsport
2. 52BM Garage
3. BM Auto Garage
4. Rayap Design
5. 8055 Performance
6. AMS Concepts
7. Matrix Concepts
8. F10 Singapura
9. Pent Production
10. GETS
11. Aquahub
12. Soh & Co
13. Wan & Co


Kami juga berjaya membentuk 'F10 Formation' dari kesemua kereta.


F10 Formation dari udara-menggunakan drone Cap Kelapa Sawit Merah - Ini WINNN !!!!


 Kami juga mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada F10 Singapura yang bersama kami bagi menjayakan program kali ini...Thanks bro..You're ROCK!!!!


Certificate of Appreciation







 Akhir kato dari den...drive safe...don't drink and drive...drink sirap takpo......
Checks.....

Puteri Eisya dengan senyuman nya



Makan makan lapooooo..........

Den dengan keluargo den lor.....





































Comments

Popular Posts