Dah tiba masa yang ditunggu, perancangan untuk buat Hari Keluarga O'Som 2019 sedang giat di rancang. Mana taknya....dah lama plan asyik tak jadi jek. Kali ini kita kasi jadilah......
Gambar atas tu di ambil masa awal bulan September 2019, di Kg. Sedili...tepi pantai. Biasalah lepak-lepak berkelah dengan family dan tercetusnya idea nak sambung plan buat Hari Keluarga O'Som...korang nak tahu apa maksud O'Som....tungguuu...
Perancangan rapi sedang dibuat, banyak pulak acara yang nak dijalankan:
- Sessi BBQ
- Sessi Karok
- Sessi Memancing
- Sukan keluarga
- Dll....banyak wooo...
So plan 3 Hari 2 Malam pada akhir bulan November, cuti sekolah juga tu. Dengan adanya aktiviti sebegini boleh mengeratkan lagi sirraturrahim sesama keluarga.
So tunggu update nanti pada akhir bulan November 2019.
Pada keluarga O'Som...siap sedia joran dan umpan anda semua.....jumpa di sana.....
Pengesahan terkini, tarikh dah di sahkan pada 29hb Nov. - 1hb Dec. 2019, bertempat di Ucu Home Stay, Sedili Kecil, Kota Tinggi.
Nanti kita update perkembangan lanjut....see yaaa....
Baju Hari Keluarga dah siap dengan tema 'Family Day O'som' bersama nombor '1' dicetak di bahu kanan bermaksud majlis hari keluarga pertama. Segala urusan sedang giat dijalankan oleh 'Pak Long', pengerusi bagi majlis ini.
Aiman & Erin nampaknya 'busy' mencari idea bagi sukan keluarga....
Comments
Post a Comment