Official Southern F10ner's





Sebuah kelab kereta BMW model F10 dari selatan tanah air, di asaskan oleh Sham pada 15/08/2018 di Johor Bahru pada asalnya menggunakan nama 'F10 Crew Malaysia-Southern'.


Kelab kereta ni tak berdaftar pun dengan SSM kerana rasanya takde keperluan lagi untuk di daftarkan, lagipun kalau dah daftar agak leceh sket nanti pengurusannya. Kita tengok dulu macam mana la nanti dalam 2-3 tahun...kalau dah betul-betul kuat dan semangat berpasukan tu tinggi baru la kita register kan.


Kelab ni terbuka kepada semua pemilik BMW tetapi hendaklah dari model F10, tak kira la korang beli baru ker, second-hand ker atau recon, janji model F10. Model F10 ni agak 'buggie' di bahagian depan dan mempunyai 'bontot' yang agak seksi kalau di bandingkan dengan model BMW lain. Menjadi kegilaan ramai pemilik BMW untuk memiliki model terakhir 'mata tanpa cantuman hidung' ini.


Prestasi kereta ni tak boleh disangkal lagi, nak dapat 140-180kmj, sekejap je, lagipun model yang baru dilengkapi dengan sistem enjin 'twin-turbo'...berdesup beb.


Setakat hari ni, kelab ini mempunyai ahli seramai 40 orang tetapi yang betul-betul aktif dalam 20 orang jek. Konvoi pertama yang berjaya kita buat adalah dari Johor ke Kluang 'Kluang Breakfast Drive'....fuhhh siap eskort lagi oleh PDRM Trafik Cawangan Kluang. Terim kasih abam Polis....





Tujuan kelab ni untuk kita enjoy dan release tension selepas penat bekerja di samping bertukar-tukar pendapat mengenai jentera 'Germany' ini...


Comments

Post a Comment

Popular Posts